Apabila berada di marang Terengganu, semestinya saudara tertanya2 di manakah tempat menarik utk dikunjungi.
Di marang Pulau Kapas merupakan salah satu distinasi pelancongan yg menarik. Bagi mereka yg ingin merasakan suasana berada di Pulau, boleh lah menginap di Pulau kapas utk melihat ke indahan alam semulajadi ataupun, utk melakukan pelbagai aktiviti.
Selain menginap di sana saudara blh juga melakukan aktiviti melalui kaedah daytrip, dengan bertolak di waktu pagi dari jeti ke Pulau kapas dan pulangnya pada waktu petang, kos sewa boat shj, utk pergi dan balik dalam rm40, seorang dewasa manakala kanak2 rm20
Antara aktiviti yg biasa dilakukan adalah seperti
1) Snorkeling
2) Hiking bukit singa
3) Island Tour
4) Trip to Gemia Island
5) Jungle Trekking
6) Canoe
7) Scuba diver
8) Squid Catching Boat
9) Dll
Pulau Kapas dibuka pada bulan mac sehingga okt setiap tahun, pada bln2 yg lain ditutup kerana musim tengkujuh.
Selain Pulau Kapas di Marang juga terdapat pesisir pantai yang menarik seperti Pantai Pulau kekabu bersebelahan taman Rekreasi keluaga, pantai peranginan kelulut dan Pantai2 di sekitarnya. di sini kami sediakan sedikit lakaran sekitar pesisir pantai marang.
Di Marang juga saudara boleh melihat keindahan alam semula jadi dgn sungai2 yg menarik, saudara blh menyusuri anak sungai atau melalui jalan darat, antara tempat yg menarik seperti Dataran Batu Putih yg mana kawasanya dikelilingi dgn pokok kelapa dan pokok nipah, disini juga dpt menikmati air nira yg asli, manisan, dodol daun palas dll. Dataran Batu Putih berada bersebelahan dgn Kg Jenang, yg dipisahkan dgn anak sungai.
Dataran Batu Putih (DBP)
Dataran Batu Putih (DBP)
Pantai Kelulut.
Pantai Kelulut.